31.12.09

Suker Sukir Suker Hatir

masa aku tengah masak tadi...
aku dengar sinarFM.
abby fana tanya soalan cepuput...
"anggota badan buaya mana yang ada atas darat?"
lantak... aku malas nak ambil port.
lalu mendengarlah aku jawapan pendengar yang memacam. klakar sungguh.
tiba-tiba, abby fana baca salah satu mesej pendengar.
dia suruh try something. then aku try...
cuba punya cuba punya cuba...
tiga kali aje pass. masuk kali ke empat, fail.
lalu benda ni mengingatkan aku kepada kelas fauziah nawi dalam af2.

ini macam test untuk menguji setakat mana kepoweran dan keterelan lidah kita.
trylah. kalau boleh lebih daripada tiga kali ulang...
maknanya, korang memang dahsyat.
kalau tak... cuba lagilah sampai berjaya.

1) buaya biawak buaian ( cakap 3 perkataan ni laju-laju )

2) kuku kaki kakakku kok kaku kaku kek kok kaku kaku kuku kaki kakakku ( cakap ulang laju-laju)

3)kelelar keleler ( ulang laju-laju )

results : kalau lidah korang terbelit-belit, maknanya korang memang manusia normal.

results : kalau lepas korang buat benda di atas then korang gelak... menunjukkan bahawa korang ni sememangnya manusia yang berperasaan.

results : andai kata korang mengatakan benda di atas mengarut... suko ati koranglah.


p/s : aku try benda di atas. rasanya hilang sket tension yang bersarang dalam pale otak aku ni.

No comments:

Post a Comment