30.12.09

aku KEMARUK!

YEAHHH!
aku sedang KEMARUK dengan lagu "SELAMAT MALAM".
nyanyian "FAIZAL TAHIR".
nak kata favorite artis tu, tidaklah.
tapi... bolehlah tahap suka tu.

tak tahu apasal...
first time dengar lagu ni, terus tertarik sampai sekarang.
asal aku bukak kom aje... ( even sekarang ni )
lagu ni jugaklah yang aku bukak.
lagu ni jugaklah yang aku dengar.
lagu ni jugaklah yang aku dok nyanyi.

siang malam...
masa tengah masak...
masa dalam bilik air...
masa tengah main badminton... ( dalam hati )
masa nak tidur...
lagu ni jugaklah yang aku dok lalakkan.

'kesumbangan' suara aku dalam menyumbangkan lagu ni???
tak payah tanyalah...
langit yang pada mulanya cerah...
membiru lembut sambil di temani dengan awan-awan putih bersih...
sekelip mata...
terus jadi mendung...
entah daripada mana datangnya...
aku pun tak tahu...
memang kedengkian sungguh...
maklum...
suara terlampau sedap merdu gemersik dan mampu menawan hati sesiapa saja yang mendengarnya...

aku sharelah lirik lagu nih...
lagu yang buat aku KEMARUK nih...





- selamat malam : faizal tahir -

:: biarkan berlalu ::
:: semua kepedihanmu ::
:: lelapkan matamu ::
:: biarkan mimpi membawamu ::
:: kemana kau mahu ::

:: selamat malam ::
:: tidurlah sayangku ::
:: siangkan tiba bercahaya ::
:: bermula baru semua untukmu ::

:: biarkan berlabuh ::
:: tirai kisah semalam ::
:: yang indah itu ada padamu ::
:: dengan setiap impian dan harapan ::

:: selamat malam ::
:: tidurlah sayangku ::
:: siangkan tiba bercahaya ::
:: bermula baru semua untukmu ::

:: kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu ::
:: kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku ::
:: pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi ::
:: terhapus semua air mata dengan senyuman ::

:: selamat malam sayang ::
:: selamat malam kasih ::
:: selamat malam sayang ::





p/s : membayangkan si FT ni nyanyi lagu ni live. perghhh... giler tegak bulu roma.
menunggu ajelah saat tu...

No comments:

Post a Comment