31.12.09
Suker Sukir Suker Hatir
aku dengar sinarFM.
abby fana tanya soalan cepuput...
"anggota badan buaya mana yang ada atas darat?"
lantak... aku malas nak ambil port.
lalu mendengarlah aku jawapan pendengar yang memacam. klakar sungguh.
tiba-tiba, abby fana baca salah satu mesej pendengar.
dia suruh try something. then aku try...
cuba punya cuba punya cuba...
tiga kali aje pass. masuk kali ke empat, fail.
lalu benda ni mengingatkan aku kepada kelas fauziah nawi dalam af2.
ini macam test untuk menguji setakat mana kepoweran dan keterelan lidah kita.
trylah. kalau boleh lebih daripada tiga kali ulang...
maknanya, korang memang dahsyat.
kalau tak... cuba lagilah sampai berjaya.
1) buaya biawak buaian ( cakap 3 perkataan ni laju-laju )
2) kuku kaki kakakku kok kaku kaku kek kok kaku kaku kuku kaki kakakku ( cakap ulang laju-laju)
3)kelelar keleler ( ulang laju-laju )
results : kalau lidah korang terbelit-belit, maknanya korang memang manusia normal.
results : kalau lepas korang buat benda di atas then korang gelak... menunjukkan bahawa korang ni sememangnya manusia yang berperasaan.
results : andai kata korang mengatakan benda di atas mengarut... suko ati koranglah.
p/s : aku try benda di atas. rasanya hilang sket tension yang bersarang dalam pale otak aku ni.
30.12.09
WAAAAAA
first, arie yang punyelah cerah terang benderang panas menyetak...
tibe-tibe plak boleh mendung pastu menurunkan hujan.
oklah. bab ni aku terima dengan hati terbuka. hujan tu rahmat.
ilang sket mood yang sebelumnya light-light bila tengok court depan umah basah.
standard,... nak tak nak kenalah tolak air yang bertakung ke tepi.
thanx to anak buah aku yang selalu membantu.
malang tu memang tak bau langsung.
sebelum ni bukannya tak pernah tolak air bertakung tu.
boleh pulak batang penyapu tu patah.
jadah betul. again, thanx to anak buah aku sekali lagi. ( dialah )
oklah. aku terimalah nasib malang yang menimpa tu.
dah tolak lebih kurang, basah basah pun basahlah.
kitorang pun mainlah. cam bese. warm up ala-ala.
tengah tengah kitorang warm up yang dah masuk setengah ala ala tu,
my sister in law plak balik kerja.
nak tak nak, kenalah behenti warm up jap. kenalah alihkan net bagi dia lalu.
memang malang sungguh nasib aku...
angkat angkat net... boleh pulak net tu patah.
apa jadah????
haishhhhh...
p/s : angin tak anginlah... bapak plak membebel tu ini. perit telinga mendengar pada hati sakit yang teramat. tension sungguh!
aku KEMARUK!
aku sedang KEMARUK dengan lagu "SELAMAT MALAM".
nyanyian "FAIZAL TAHIR".
nak kata favorite artis tu, tidaklah.
tapi... bolehlah tahap suka tu.
tak tahu apasal...
first time dengar lagu ni, terus tertarik sampai sekarang.
asal aku bukak kom aje... ( even sekarang ni )
lagu ni jugaklah yang aku bukak.
lagu ni jugaklah yang aku dengar.
lagu ni jugaklah yang aku dok nyanyi.
siang malam...
masa tengah masak...
masa dalam bilik air...
masa tengah main badminton... ( dalam hati )
masa nak tidur...
lagu ni jugaklah yang aku dok lalakkan.
'kesumbangan' suara aku dalam menyumbangkan lagu ni???
tak payah tanyalah...
langit yang pada mulanya cerah...
membiru lembut sambil di temani dengan awan-awan putih bersih...
sekelip mata...
terus jadi mendung...
entah daripada mana datangnya...
aku pun tak tahu...
memang kedengkian sungguh...
maklum...
suara terlampau sedap merdu gemersik dan mampu menawan hati sesiapa saja yang mendengarnya...
aku sharelah lirik lagu nih...
lagu yang buat aku KEMARUK nih...
- selamat malam : faizal tahir -
:: biarkan berlalu ::
:: semua kepedihanmu ::
:: lelapkan matamu ::
:: biarkan mimpi membawamu ::
:: kemana kau mahu ::
:: selamat malam ::
:: tidurlah sayangku ::
:: siangkan tiba bercahaya ::
:: bermula baru semua untukmu ::
:: biarkan berlabuh ::
:: tirai kisah semalam ::
:: yang indah itu ada padamu ::
:: dengan setiap impian dan harapan ::
:: selamat malam ::
:: tidurlah sayangku ::
:: siangkan tiba bercahaya ::
:: bermula baru semua untukmu ::
:: kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu ::
:: kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku ::
:: pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi ::
:: terhapus semua air mata dengan senyuman ::
:: selamat malam sayang ::
:: selamat malam kasih ::
:: selamat malam sayang ::
p/s : membayangkan si FT ni nyanyi lagu ni live. perghhh... giler tegak bulu roma.
menunggu ajelah saat tu...
29.12.09
ERM...
25.12.09
AKU. MEREPEK. KAN. DIRI. AKU
18.12.09
AWAL MUHARRAM 1431 H
Selamat menyambut Maal Hijrah. Semoga kedatangan tahun baru ini akan mengubah segala yang buruk, kepada yang baik. Segala yang salah, kepada yang benar. Segala yang silap, kepada yang betul. Semoga apa yang di azamkan sepanjang tahun baru yang mendatang ini, akan di capai.
Azam aku? Hanya berharap semoga menjadi yang lebih baik daripada semalam. Menjadi yang lebih benar daripada semalam. Menjadi yang lebih betul daripada semalam. 'Belajar daripada semalam. Hidup untuk hari ini. Berharap pada hari esok'
Apa-apa pun, segala yang berlaku dalam kehidupan kita ni pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Tentu ada sebab kenapa kita di berikan segala dugaan dan ujian yang kadangkala membuatkan kita berhenti berharap untuk meneruskan kehidupan kita lagi. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya.
Jangan mudah putus asa. Jangan mudah berputus harap. Hadapi segala kemungkinan dengan satu semangat positif. Insya-Allah, segala-galanya akan berjalan dengan lancar.
6.12.09
AKU HAPPY ;p
Hari ini aku...
HAPPY!
Yessss! Hari ini aku sememangnya seorang manusia yang paling HAPPY sekali dalam rumah aku ajelah. Kat luar, lantak dioranglah. Nak happy ke, nak sedih ke, nak emo ke, nak saiko ke... asal bahagia sendiri, sudah.
Sebab apa aku HAPPY? Haa... meh sini aku nak story kat korang sket. Kalau korang nak tahu, korang bacalah sampai habis story aku ni. Kalau tak nak tahu, di persilakan berambuslahkan diri korang tu ke blog orang lain. Ada faham? Tak faham... lantak koranglah. Tak tahu apa lagi aku nak kata.
Aku HAPPY giler hari ni sebab... team MALAYSIA ( badminton ) yang di wakili oleh – WONG PEI TTY-CHIN EEI HUI : WOMEN'S DOUBLE – DATUK LEE CHONG WEI : MEN'S SINGLE – WONG MEW CHOO : WOMEN'S SINGLE – TELAH MENANG DENGAN JAYANYA!!! ( tapi alangkah bestnya kalau men's double ngan mixed double turut sama melayakkan diri ke final hari ni )
Seperti selalu, aku yang sememangnya seorang manusia yang teramatlah fanatiknya kat sukan ni ( kang aku tulis 'taksub' kang, lain pulak pahaman korang ) bersorak-sorailah menyokong pasukan MALAYSIA di depan tv. ( okaylah daripada tak tengok langsung even depan tv aje ) berdebar-debar jantung aku ni, tak yah cakaplah. Tension plus stress ngan geram saling silih ganti mengganggu perasaan aku bila aje tiap kali lawan MALAYSIA dapat point. Tapi kalau dah rezeki tu... menang jugak.
Ermmm... ( terdiam sejenak )
Ahhh... ( otak tiba-tiba blank )
Aduyaiiii... ( dah! Tak tahu nak tulis apa lagi )
... sepuluh minit berlalu ( aku membuang masa dengan merenung skrin pc ) ...
Tu jelah story yang aku nak share ngan korang kat sini. Apa-apa hal, semoga team MALAYSIA akan berusaha bersungguh-sungguh lagi di masa depan. Maksud aku, tahun depan. Kalau boleh... kalahkan pemain daripada negara tembok besar tu. Berlagak nak tuutttt... menyampah aku di buatnya. Sememangnya... aku ANTI GILER KAT DIORANG. NO CHINESE PLAYER!!!
p/s : apa yang aku tulis kat sini, jangan nak di salah erti pulak, yerrr. Ni sekadar luahan isi hati kandungan perut aku. Tak ada kena mengena dengan yang idup mahupun yang sudah tidak wujud lagi di muka bumi ini. Sekiannn...
1.12.09
FIRST DAY SEBAGAI BLOGGER
HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY HAPPY
