27.7.10

...

pejam celik pejam celik...
tak sangka tahun ni umur aku dah menginjak 25 tahun.
25...
satu angka yang besar.

melihatkan kepada rakan-rakan aku di sekeliling.
mengenali mereka sejak kecil dan sejak zaman persekolahan.
dah terlalu banyak perubahan yang berlaku...
pada mereka.
ada yang dah berkahwin dan mempunyai anak...
ada yang dah bertunang dan bakal menempuhi alam perkahwinan...
ada yang dah berpunya dan menunggu masa untuk kehidupan di masa depan...

tapi aku...
masih begini.
tetap begini.
selamanya begini.

inginkan perubahan berlaku dalam hidup aku...
tapi perubahan itu sendiri tak dapat aku nak datangkan ke dalam hidup aku.
aku sentiasa di belenggu dengan keadaan sekeliling.
dengan orang sekeliling yang selalu mendesak...
menekan... memaksa...
dan aku yang hanya ' angguk-angguk geleng-geleng' ni...
hanya menjadi seorang pak turut tanpa berani untuk bersuara...
bersuara bagi menegakkan hak aku sebagai seorang individu...

sampai bila perkara ini akan berterusan?
sedangkan orang di sekeliling aku semakin maju ke hadapan...
sementara aku pula...
tetap begini.
terus begini.
dan sentiasa begini.

bukannya berada dalam impian mahupun cita-cita...
sedangkan terlalu banyak impian dan cita-cita yang aku pendamkan.
bilakah akan tiba waktunya nanti?
sebab aku tak nak terlewat untuk mengecapinya...
tapi mengenangkan situasi yang aku alami ketika ini...
rasanya, tetap akan begini.

cuba untuk merubah nasib sendiri?
tak terdaya kerana nasib aku sebenarnya berada di dalam kawalan orang di sekeliling...

...
...
...
...
...
...



p/s : ...

1.1.10

SALAM 2010

Selamat datang 2010...
Selamat tinggal 2009...

2009...
seperti tahun-tahun sebelumnya...
apa yang pernah ingin di capai, masih belum menjadi kenyataan...

2010...
mungkinkah segala yang ingin di capai pada tahun-tahun sebelumnya...
akan terlaksana pada tahun ini?
entahlah...
siapalah aku nak meramal masa depan...
sedangkan semuanya telah di tentukan oleh Yang Maha Esa...
maka hanya Dia sajalah yang tahu.
tapi sebagai manusia yang telah di berikan akal fikiran yang waras...
serta kudrat tulang empat kerat...
aku seharusnya berusaha untuk mencapai apa yang aku inginkan...
Insya-Allah...
selagi terdaya, aku akan terus mencuba.
selebihnya, biarlah Dia saja yang tentukan...

satu pengakuan yang nak di buat...
pada hari pertama tahun baru ini...
aku rasa aku baru saja telah menambah 'dosa' aku yang telah berbakul-bakul sebelum ni...
sedangkan aku harus berubah...
pada yang terasa hati dengan aku...
aku ingin memohon kemaafan daripada semua.
aku manusia biasa...
banyak kelemahan kurang kelebihan...
selalu terlepas cakap, tak tahu jaga perasaan orang...
sekali lagi aku nak minta maaf...


p/s : itulah susahnya berkongsi kom dengan orang lain... hmm