27.7.10

...

pejam celik pejam celik...
tak sangka tahun ni umur aku dah menginjak 25 tahun.
25...
satu angka yang besar.

melihatkan kepada rakan-rakan aku di sekeliling.
mengenali mereka sejak kecil dan sejak zaman persekolahan.
dah terlalu banyak perubahan yang berlaku...
pada mereka.
ada yang dah berkahwin dan mempunyai anak...
ada yang dah bertunang dan bakal menempuhi alam perkahwinan...
ada yang dah berpunya dan menunggu masa untuk kehidupan di masa depan...

tapi aku...
masih begini.
tetap begini.
selamanya begini.

inginkan perubahan berlaku dalam hidup aku...
tapi perubahan itu sendiri tak dapat aku nak datangkan ke dalam hidup aku.
aku sentiasa di belenggu dengan keadaan sekeliling.
dengan orang sekeliling yang selalu mendesak...
menekan... memaksa...
dan aku yang hanya ' angguk-angguk geleng-geleng' ni...
hanya menjadi seorang pak turut tanpa berani untuk bersuara...
bersuara bagi menegakkan hak aku sebagai seorang individu...

sampai bila perkara ini akan berterusan?
sedangkan orang di sekeliling aku semakin maju ke hadapan...
sementara aku pula...
tetap begini.
terus begini.
dan sentiasa begini.

bukannya berada dalam impian mahupun cita-cita...
sedangkan terlalu banyak impian dan cita-cita yang aku pendamkan.
bilakah akan tiba waktunya nanti?
sebab aku tak nak terlewat untuk mengecapinya...
tapi mengenangkan situasi yang aku alami ketika ini...
rasanya, tetap akan begini.

cuba untuk merubah nasib sendiri?
tak terdaya kerana nasib aku sebenarnya berada di dalam kawalan orang di sekeliling...

...
...
...
...
...
...



p/s : ...